Thursday, April 9, 2009

Umno= Org tua kutuk yg tak sedar diri !







Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya, Dato' Zahar Hashim secara sinis menasihatkan semua bilik gerakan Umno di Bukit Gantang ditutup kerana petugasnya hanya mendapat RM300 seorang selama 10 hari.

Katanya, ini berbeza dengan calon Adun yang mendapat wang sebanyak RM500,000 dalam tempoh 10 hari bertugas pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Taman Indah, Bukit Gantang malam tadi.

Ketika beliau berada dalam Umno peruntukkan sebanyak RM800,000 diberikan kepada Umno Bahagian Taman Medan, Petaling Jaya tetapi petugas hanya mendapat RM500 sahaja untuk 10 hari.

Manakala wang selebihnya, tambah beliau disimpan oleh calon dan Ketua Bahagian Umno.

"Saya menyeru petugas Umno di sini balik dan tutup bilik gerakan kerana upah yang diterima sedikit dan tidak tahu sumber itu halal atau tidak," katanya.

Beliau yakin calon PAS dan KeADILan akan menang dan itu menunjukkan isyarat kejatuhan kerajaan BN yang telah memerintah selama 51 tahun. _

No comments:

Post a Comment