Monday, April 27, 2009

Najib Oh Najib , Nak ulang kesilapan bapa ko ke ?






Demi 'survival' politik, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menegaskan selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.

"Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.

"Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam," tegas beliau.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.

Keputusan tersebut tegas beliau menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.

Mahfuz juga menegaskan keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.

Sehubungan dengan itu beliau mendesak agar kerajaan segera membatalkan keputusan tersebut untuk menghormati perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.

Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut.

Dipetik dari : HarakahDaily

Saturday, April 25, 2009

JomHeboh : Mana Mufti Perak ? Dah Jadi ular dalam semak ke ?






IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang.

Ihsan : Harakah (Johari Jaafar )

Tuesday, April 21, 2009

Fuhh.. Dah settle satu , timbul lagi satu ...



Maaf kerana tak dapat update blog saya beberapa hari ni . Baru-baru ni saya ke negeri sembilan sempena pentauliahan adik saya yg masuk askar tu . So bz sikit lah. Kat sana broadband poblem sket lah , tatau la pasai pa.

So setelah saya check blog saya baru-baru ni terdapat beberapa comment yg tak berapa syok . Saya meminta para pembaca agar berikan komen yg kritis serta membina , bukan comment yg mencerca atau menghina .

Oleh itu saya telah disable kan anonymous kerana saya benci makhluk bacul yg tak bernama.Sementara itu saya masih lagi merayau-rayau mencari maklumat- maklumat yg boleh dijadikan bahan artikel . Saya masih lagi di peringkat belajar berblogging serta masih mentah . Terima kasih atas tunjuk ajar Abang Din ( Landskapsiasah.blogspot.com)

Saya disini ingin memohon maaf andai kata artikel-artikel saya tidak ilmiah ataupun tidak menepati ciri-ciri seorang blogger , Ok Salam semua !

Tuesday, April 14, 2009

Imam Masjid Simpang dipecat , AJK bantah!




Selepas Isu Rampas Mikrofon pada PRK P059 haritu di jelaskan oleh Imam Masjid Simpang secara jujur beliau telah di lucutkan jawatan beliau secara lisan.Ini merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak Majlis Agama Islam.
Beliau merasakan beliau tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau telah menjelaskan secara detail mengenai kejadian pada haritu. Nampaknya pemimpin-pemimpin UMNO tidak berpuas hati dgn beliau kerana telah di anggap menconteng arang ke muka mereka.
Inilah sikap yang sering di amalkan oleh pimpinan UMNO. Dek kekalahan memalukan di Bukit Gantang mereka telah menjadikan institusi masjid sebagai medan melepaskan ketidak puasan hati mereka .Imam tersebut menyatakan bahawa beliau sepatut nya di lucutkan secara adil dan tidak bermotifkan politik.
Sepatutnya pihak Majlis Agama Islam memberikan beliau surat bertulis dan notis pemecatan jawatan sebagai Iman Masjid Simpang. Manakala bagi AJK menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan cara pihak Majlis Agama Islam menjalankan tugas mereka secara berat sebelah .



Komen tuan punya blog : Kalo dah nama UMNO tu mcm ni la peel mereka ! Dasar bajingan jalanan !

Monday, April 13, 2009

POLIS PEMBELA ORANG AWAM ATAU .....





POLIS MENJAGA KESELAMATAN ORANG AWAM DI MALAYSIA... Ini statement 1980 laa... tgk apa yg berlaku pada A.Kugan dan Muhammad Huzaifah, mcm mana kita nak percaya pada pihak polis lagi setelah apa yg berlaku . Hatta bagaimana bersalah pun seseorang itu , pihak polis tidak layak untuk memperlakukan tahanan laksana binatang .Kita ada undang2. Apa guna polis andai undang2 tak di tegakkan ? Mahu jadi tarzan ? Sudahlah ada undang2 rimba al haiwan ISA , skrang pihak polis mahu jadi tarzan pula ? Bila berlaku kejadian2 seperti yg terjadi pada Muhammad Huzaifah, pihak polis mengeluarkan statement yg benar2 bercanggah keadaan yg sebenar . Masakan tin minuman boleh membutakan mata seseorang ? Apakah pembaling itu mempunyai kekuatan laksana SUPERMAN ? Lihat kecederaan pada mata Huzaifah ? Anda dapat menilai bagaimana kecederaan pada mata kanan beliau ? Adakah disebabkan oleh tin minuman ? Terdapat khabar2 angin yg mengatakan pihak polis melepaskan tembakan secara mendatar bukan keatas ! Anda mahu percaya atau tidak terserahlah . ANDA YG DAPAT MENILAI SENDIRI!

Sunday, April 12, 2009

Sapa sokong UMNO sama mcm gambar kat baju ni....



Sewaktu PRK p059 bukit gantang haritu, terdapat penurunan bagi undi orang2 melayu terutama di dun changkat jering. Penurunan dikatakan ada yg termakan dgn dakyah2 UMNO/BN yg mengatakan undi Pas sama seperti menjual tanah kepada cina.Manakala peningkatan undi orang2 cina dan india hampir 200% berbanding 2008.UMNO/BN secara aggresif memainkan isu derhaka serta isu perkauman yg amat sensetif bagi orang2 melayu. Sepanjang jalan dari taiping menuju ke simpang hingga ke changkat jering dipenuhi poster2 serta banner yg menyerang secara individu serta isu perkauman .Tidak ada satu pun yg memohon RESTU rakyat seperti yg di war2kan. Hanya banner yg memainkan isu derhaka , jual tanah serta menghina DS Anwar.Walhal PR membalas secara berhemah dan sopan. Antara banner yg kurang ajar serta lucah yg memaparkan DS Anwar sedang berjalan dikhalayak ramai yg sedang menutup bontot mereka.Apakah ini politik yg dibawa oleh UMNO/BN ? Ini yg hendak di tunjuk kepada generasi muda ? Politik racist ? Mcm2 hal laaa...

Friday, April 10, 2009

Kenapa aku berblogging ?


blogging je cara utk meluah rasa tak puas hati terhadap pemerintahan yg ada skrg.Pemimpin dah byk bertukar tapi UMNO tetap ngan cara lama. Politik Sempit , Politik Wang , Politik Perkauman dan mcm2 lagi yg di politikkan oleh orang2 umno. Sampai Raja pun jadi bahan berpolitik.Rata orang2 umno yg aku kenal sumanya tak bleh pakai .Bila kita kata kita sokong pembangkang , nak tahu apa jawab diorang ? kenapa pergi sekolah kerajaan ? kenapa guna jalan raya ? kenapa tinggal di malaysia kalo tak suka kerajaan ? ..... HEI ORANG2 UMNO bangang .. Mana datang duit kerajaan kalo rakyat tak kasi duit cukai ? Awat angpa ingat suma orang UMNO bayar cukai ka ? PIIIIIIIIIIIIIRAHH .. Orang2 Umno la yg byk lari dari bayar cukai .Hei .. sedara mara aku byk umno la.. aku tau sgt prangai orang2 umno ni. BApe byk bangunan UMNO yg tertunggak cukai pintu ? Bape byk tabika Kemas yg dok free kat premis2 kerajaan ? Bila kena halau tau pulak menyalak ... Deiii mana ada benda FREE dlm dunia bodo !