Monday, September 7, 2009

Kata Dulang Paku Serpih .. Kata Orang Zambry Yang Lebih.

Kalo Korang Ni Suma Penduduk Taiping Or Perak Korang Mesti Baca Sinar Harian kan ? So Kat Sini Artikel Yang Kononnya PR ( Pakatan Rakyat) Harus Cerminkan Diri Sendiri .Tapi Masalahnya Sekarang Cermin Tu Harus Dicerminkan Kepada UMNO/BN Sendiri . Dah Wat Rampasan Kuasa Sekarang Belagak Baik .. Selepas Perak Kini Sasaran Seterusnya Selangor pulak ... Korang Rasa Orang Umno Ni Layak DiPanggil APa ?










PR sendiri tidak hormat demokrasi: Zambry

SITIAWAN – “Mereka (Pas Perak dan Pakatan Rakyat) diminta cerminkan diri mereka terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan kononnya Barisan Nasional (BN) Perak tidak mengamalkan demokrasi.”

Demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan laman sesawang parti Pas yang sebelum ini mengatakan Kerajaan Negeri pimpinannya adalah tidak sah kerana dibentuk melalui ‘rampasan kuasa’ sekali gus mencemarkan sistem demokrasi negara.

Beliau berkata, hakikat sebenar Pas dan PR adalah parti yang tidak mengamalkannya malahan langsung tidak menghormati demokrasi.

“PR sejak Februari lagi telah jelas membelakangkan undang-undang dan membuat undang-undang mereka sendiri termasuk mempersendakan setiap keputusan mahkamah apabila tidak memihak kepada mereka.

“Siapa sebenarnya pihak yang tidak menghormati dan mengamalkan demokrasi termasuk membuat undang-undang sendiri, apa yang jelas, merekalah (PR) yang memulakan semua ini dan mempermainkan undang-undang serta demokrasi itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan barangan keperluan dapur dan duit raya kepada fakir miskin, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Tiram, Lekir, dekat sini, semalam

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Saripah Zolkifli; Ketua UMNO Cawangan Sungai Tiram, Datuk Rosli Yaakop; Ketua Penerangan UMNO Bahagian Lumut, Datuk Ali Bagas; Ketua Wanita UMNO Bahagian Lumut, Dr Azizah Johor dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut, Mohd Shahril Yahaya.

Zambry berkata, sejak Februari lalu hingga kini, mereka terus mempersendakan perintah mahkamah termasuk mengadakan ‘sidang DUN’ di sebuah hotel 2 September lalu.

Menurutnya, babak demi babak dicipta oleh PR untuk terus mengelirukan rakyat menerusi ceramah yang disampaikan di seluruh negara.

“Semua tindakan ini hanya bertujuan menimbulkan suasana tidak tenteram dan berasa seronok dengan apa yang akan berlaku.

“Mereka dilihat cuba mengamalkan demokrasi yang tidak sihat, seolah-olah mereka seronok bertempur di jalanan serta siri tangkapan menimbulkan kepuasan dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata, senario yang berlaku adalah satu penyakit yang cukup membahayakan untuk pembangunan berterusan negeri Perak dan seharusnya perlu dihentikan.

Menurut Zambry, beliau bersetuju dengan kenyataan yang memerlukan wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendapat ‘perkenan’ rakyat menerusi pilihan raya.

“Bagaimanapun untuk memegang jawatan Menteri Besar, seseorang ADUN itu perlu mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak itu sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment