Thursday, April 9, 2009

Zambry Kudeta al kutty


Masihkah Dato' Dr Zambry Abdul Kadir mampu bertahan di kerusi 'Menteri Besar Perak' sedangkan rakyat sudah memberi isyarat jelas menolak Barisan Nasional (BN) digambarkan melalui referendum Bukit Gantang.

Rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telah menjatuhkan penghakiman mereka.

Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan mereka, apa lagi semua dasar yang diputuskan kerajaan Pakatan Rakyat diteruskan tanpa satu pun dirombak kerajaan BN.

Walaupun Umno mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai sejak puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak," katanya dalam sepucuk surat yang dikirim kepada Zambry hari ini.

Calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian turut mengakui kekalahannya kelmarin antaranya berpunca daripada rampasan kuasa Febuari lalu. Kenyataan itu disiarkan sebuah akhbar hari ini.

Pemimpin Gerakan di Kedah juga mengakui punca kekalahan BN di Bukit Selambau ada kaitan dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak.

Sekiranya calon BN sendiri boleh mengakui hakikat itu di mana lagi Dr Zambry mahu meletak muka.
Bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah.
Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan tindakan Umno Perak, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan lebih lagi. Sejak rampasan kuasa kelancaran pentadbiran Perak terganggu kerana semata-mata ada pihak membelakangkan pilihan rakyat. Adun Pangkor sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan Menteri Besar, sekali pun Menteri Besar yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya. Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian anggota parlimen Bukit Gantang di mana seorang Adun berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Changkat Jering.
Calon BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Kemenangan Dato' Seri Nizar telah membuktikan segala-galanya!

No comments:

Post a Comment