Tuesday, May 11, 2010

Takkan Main Tembak Aje ?

Gobind Deo: Kaji Semula Prosedur Tembakan
SHAH ALAM 28 APR: Pimpinan DAP akan menghantar satu memorandum kepada polis bagi mengkaji garis panduan berkaitan prosedur melepaskan tembakan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, kajian itu penting supaya tragedi melibatkan remaja berusia 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis, tidak berulang kepada insan lain.

Gobind berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Seksyen 9 ketika menemani saksi utama memberi keterangan.

"Polis perlu adakan siasatan dalaman atau kaji semula garis panduan. Bila boleh tembak, bila perlu tembak, bagaimana prosedur sebenar. Ini akan dibangkitkan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, DAP memandang berat isu berkenaan berikutan ia bukan pertama kali menjadi pertikaian umum.

"Kami dalam DAP akan menghantar memorandum kepada ketua polis negara supaya perkara ini dikaji dan diselesaikan. Kita tidak hendak perkara macam ini berlaku lagi," katanya.

Tegas Gobind, garis panduan prosedur menembak penting bagi menjamin keselamatan orang awam.

"Kita perlu ada garis panduan yang lebih jelas, yang lebih mendalam. Kajian perlu dibuat dan perlu ada peruntukan khusus bila masanya polis boleh mengunakan senjata api. Kalau digunakan, apakah skop?

"Saya mahu tegaskan, kita menghormati dan faham kerja polis sampai nyawa pun terancam. Isunya bila perlu guna senjata api atau soal peraturan sedia ada mencukupi untuk memastikan tragedi ini tidak berulang," katanya.

http://tvselangor.com

(Dipetik dari http://mohamadazhan.blogspot.com )

Siapa Suka Counter Strike?


Anda peminat permainan Counter Strike ? Sekarang ada peluang merealisasikan impian anda dia alam nyata . Jika dulu sekadar berangan-angan menembak seseorang tanpa rasa bersalah , nah ! sekarang peluangnya. Sertai lah Pasukan Polis Di Raja Malaysia , Nescaya peluang anda tercapai .

Antara kelebihan nya :-

1. Tak perlu ada pengalaman menembak
2. Tak perlu soal siasat , tembak ja.
3. Tak perlu ada prosedur yang membosankan , tembak ja kalau anda rasa nak tembak!
4. Kalau tersalah tembak , jangan risau anda bakal terlepas dari sebarang hukuman
sebab anda adalah POLIS.
5. Andai kata anda hampir-hampir nak kantoi , Klentong la apa-apa yang patut.

Sekian , Lu pikir la sendiri!

Wednesday, April 28, 2010

Tahniah .. Encik Kamal+Alan+Nathan = 1Malaysia?


Setelah menyaksikan kemenangan tipis calon 1malaysia(Apco)kepada Datuk Zaid Ibrahim , saya disini dengan terbuka ingin mengucap tahniah kepada yang masih lagi mengundi calon PR. Dan kepada yang masih lagi mengundi calon UBN(Apco), inilah masanya tuntut hak-hak anda . Kalau tak dapat jangan la pula di heboh dalam suratkhabar, buang duit aku sahaja nak dengar cerita korang semua. Anggap la bila korang tak dapat apa-apa tu macam ayah yang tamau beri gula-gula bila dah abis minta tolong kat korang.

Friday, April 23, 2010

Akibat Orang Yang Menentang KERAjaan..



Inilah kata-kata Datuk Zaid yang membuatkan beliau ditendang dari kerusi elit UBN . Hanya kerana insaf dan ingin yang terbaik buat rakyat , beliau di singkirkan dari UBN .
Ingatlah wahai pemimpin UBN , kalian juga bakal menerima nasib yang sama. Kalau tak kena dimata Mr.Nazak .. almatnya tak lama la dalam UBN.

Nasihat ulama wajib di dengari

Tak kira mana-mana kempen UBN , pasti banyak fitnah , cacian dan segala macam benda-benda busuk yang UBN akan buat . Kali ini fokus kita di HULU SELANGOR. Calon dari PKR iaitu Zaid Ibrahim. Dia dituduh kaki botol dan kaki judi . Elehh .. Macam la rakyat tak tahu banyak pemimpin UBN kaki botol dan taik judi . Yang penting mahu bertaubat dan tak mahu melakukan perkara-perkara yang di larang dalam islam.








Umno maki saya, Tok Guru nasihat bersabar - Zaid

Dzulfikar Mashoor
HULU SELANGOR, 24 April: "Saya dicerca dan dimaki oleh Umno, Tok Guru (Nik Aziz) dua kali telefon saya dan menasihati saya, bersabar, bersabar, bersabar dan kita berdoa," kata calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa terharu atas sokongan moral yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

"Saya amat gembira sekali, saya berasakan begitu terharu dengan sokongan Tok Guru," ujarnya lagi sambil memandang muka Nik Aziz pada sidang media di Rumah Rehat Daerah Kuala Kubu Baru, malam tadi.

Bercakap pada sidang media itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta seluruh pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, esok sebagai menolak politik perkauman Umno/BN.

Dengan menolak politik perkauman sebagaimana yang dituntut dalam Islam, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, manusia tidak akan menghadapi masalah walaupun mereka terdiri oleh pelbagai bangsa.

"Dalam Islam menyebut, semua manusia berasal daripada seorang bapa dan seorang ibu, bapa namanya Adam, ibu namanya Hawa, bila saya sebut tentang bangsa manusia, maka tidak timbul masalah bangsa," jelas beliau.

"Daripada Adam dan Hawa inilah lahirnya anak cucu, bertaburan di seluruh dunia, ada yang jadi Arab, ada yang jadi Melayu, ada yang jadi Cina, ada yang jadi Australia dan ada yang jadi Afrika, sebab itulah tak timbul masalah bangsa."

Bertitik tolak atas asas menolak politik perkauman tersebut, beliau menjelaskan tujuan beliau turun berkampung di Hulu Selangor sehingga selesai tempoh berkempen, hari ini.

"Saya datang sini untuk berkempen Pakatan Rakyat. Saya datang bukan dengan nama bangsa Melayu, saya datang dengan nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

"Insya Allah, saya harap demo (kamu) semua boleh mengundi Pakatan dan Datuk Zaid," jelas beliau lagi.

Ditanya tentang politik adu domba menyerang peribadi Zaid, Nik Aziz menganggap Umno/BN mengamalkan politik budak-budak yang bersifat bodoh.

"Ini kerja budak-budak, dia (Umno/BN) tak boleh lawan hujah (maka) dia serang peribadi (Zaid). Ini suatu perkara yang memalukan, memalukan politik Malaysia.

"Macam budak-budak kecillah, kalau boleh bertumbuk, dia akan bertumbuk. Kalau tak boleh tumbuk, dia lari mencebik (menjelir lidah). Itu semata-mata nak lepaskan," ujarnya.

Wednesday, March 10, 2010

Pakatan Rakyat Bukan Lubuk Emas!


Bila Adun-adun Pakatan Rakyat melompat seperti kera tak cukup akal , aku tertanya-tanya kenapa mereka jadi macam tu. Seribu satu macam persoalan muncul kat kepala aku, diorang tak puas hati sebab apa ? Sebab pemimpin kah ? Atau sebab pendirian mereka terhadap isu nama Allah kah ? Namun setelah meneliti secara perlahan-lahan dan terperinci , satu saja kesimpulan yang muncul di kepala otak aku . Diorang ni kebanyakannya anak didik UMNO , jadi kalau dah nama Parti Ketuanan ni tak ada lain dalam kepala otak diorang ni . PROJEK , RASUAH dan KESERONOKAN MELAMPAU . Itu aja yang diorang tau . Lagipun kebanyakan yang melompat ni adalah Ahli-ahli Parlimen yang bermasalah , jarang hadir ke parlimen , jarang turun padang serta suka menimbulkan masalah kepada parti .

Thursday, February 25, 2010

Zulkifli Nordin .. New style of traitor..




Setelah hampir 4bulan tidak menulis oleh kerana memerhati senario politik di malaysia yang semakin gila dan mereng , saya memberanikan diri untuk kembali menulis . Keadaan PR yang semakin Sakit akibat dari orang-orang dalam sendiri , menikam serta membunuh dari dalam , menjadi nanah , kurap serta segala jenis penyakit kepada PR. Sebagai contoh Yb Zul , Beliau begitu lantang menkritik DAP sebagai duri dalam daging malahan secara halus menjadi seekor ejen dalam PR dan anjing yang sering menyalak malahan mengigit tuan nya sendiri . Ibarat diberi susu dibalas tuba , amanah yang diberi rakyat tidak ditunaikan , malah kawasan sendiri jarang hendak dilawati . Yang YB Zul tahu kritik dan terus menyalak . This Was A New Generation of Traitorism. Kepada YB Zul , LU PIKIR LA SENDIRI BANG.