Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada para pendidik. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru Kepada Para Tenaga Pengajar Di Maahad Tarbiah Islamiah Bt8 Trong Perak Darul Ridzwan Kerana Berjaya Mendidik Saya Menjadi Insan Yang Berguna . Kepada Ustaz-Ustaz , Ustazah-Ustazah yang mengajar saya , tak dapat saya balas jasa kalian .. Kepada Warden asrama yang sering kantoikan saya hisap rokok , hehehe.. Ikhlas Dari Osama pelajar paling nakal dalam sekolah . :P

Friday, May 15, 2009

The Perak Saga's

Embi Halal Vs Embi Haram 786


Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Blog HanipaMaidin

Thursday, May 14, 2009

Perak oh Perak , Berjemana 786


Saya terperanjat dengan insiden kebudak-budakan yang disandiwarakan oleh juragan-juragan UMNO di DUN Perak semalam, sehingga mereka tidak sedar pementasan ALA KUDETA ini sebenarnya bakal menjerat leher UMNO yang semakin alergik dari kaca mata rakyat terbanyak di negeri Datuk Maharaja Lela ini.

Ingatlah, majoriti rakyat di negeri 'Tok Sagor' ini sudah pun membuat keputusan menolak UMNO/BN semasa diadakan PRU12 yang lalu, sehingga saya tak percaya benarkah negeri kelahiran saya (Perak) sudah jatuh ke tangan pembangkang pada masa itu?

Bukan itu sahaja, saya juga menjadi kalimayo setelah UMNO mendabik dada berkuasa semula di negeri ini, tetapi tidak mampu hendak menyekat penolakan rakyat terbanyak terhadap UMNO/BN dalam pilihan aya kecil di Parlimen Bukit Gantang tempoh hari. Apa jua hujah yang dialaskan oleh Zambry tentang kekalahan partinya di Bukit Gantang, jelas menampakkan tanda aras majoriti rakyat negeri Perak telah menolak kepimpinannya.

Melihatkan keadaan tegang yang berlaku di DUN Perak semalam, saya menjadi semakin tidak percaya benarkah UMNO sudah menjadi desperado sehingga sanggup mengenepikan keluhuran undang-undang yang dijunjung demi untuk merampas kuasa untuk menjadi 'penguasa' yang dibenci rakyat?




Aduuh...kenapa cara ini yang dilakukan..???

Tahukah betapa tindakan yang tidak bersopan ini bukanlah satu teladan yang baik yang boleh mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN, sebaliknya tindakan mengusung speaker Sivakumar keluar dari dewan bakal mengundang kebencian rakyat yang akan menghukum kita (UMNO) dalam PRU13 nanti?

UMNO berjenama 786 di Perak ini berada dalam tanda aras bahaya sekarang ini. Kuasa yang dirampas tidak sekuat mana pun, bila-bila masa kuasa kudeta ini akan diruntuhkan akibat tindakan yang tidak strategik yang dilakukan oleh pemguasa-penguasa yang rakus ini. Dr. Mahathir sendiri konsisten dengan pendapatnya betapa UMNO tidak cermat dan terlalu gopoh untuk mengembalikan kuasa di negeri yang telah menolak UMNO/BN ini.

Golongan muda yang kini bakal mendominasi peti-peti undi sedang asyik memerhati gelagat UMNO ini, dan tentunya mereka semakin pelik untuk mempercayai kewajaran 'parti tertua' ini bertindak ala membabi buta yang bakal menjahanamkan diri.

Inilah kereta lama yang semakin disisihkan

Saya terasa malu kerana ketegangan politik di negeri Perak ini telah tercetus akibat kegelojohan pencatur dan pelaga UMNO negeri ini, termasuk penyibuk yang senama dengan saya (ABDUL RAHMAN HASHIM - SUK) yang dilihat tidak cermat mengendalikan isu sehingga kita ditertawakan, kerana hanya Perak sahaja yang mempunyai dua MB, dua speaker dan dua set barisan exco negerinya. Inilah akibatnya orang yang gila talak sedang memegang kuasa yang bakal dihina oleh rakyatnya sendiri....

Penulis adalah Ketua Umno Cawangan Bukit Wangsa , dipetik terus dari blog beliau . Layari blog beliau untuk kepastian . tiada sebarang ubahsuai oleh saya.

Locengwangsa.blogspot

Babi & No Ekor..


Bila aku cakap melayu makan babi korang nak marah , tapi hakikatnya adalah betul . Melayu makan babi tapi orang islam tak makan babi ,hukumnya haram .
Orang melayu kristian ada , hindu , buddha pun ada. Jadi tak salahkan statement aku yang melayu makan babi ? Kalau tak betul takkan la sampai keluar harian metro ada melayu sanggup usap seekor babi malah sanggup memeluknya hanya untuk dapat No 4D.
Apa nak jadi pada bangsa aku ni ? Setaraf kafir laknat layaknya .


Harian Metro
Klik Sini!

Saturday, May 9, 2009

Apa nak jadi & Apa yg bakal terjadi ?




Selepas Keengganan V. Sivakumar , Speaker Dun Perak untuk menerima usul untuk memecat beliau , Umno/BN menggunakan taktik yg sangat kotor untuk menjatuhkan beliau . V Sivakumar telah diheret , dicekik bagai seorang pesalah jenayah walhal beliau merupakan seorang Speaker Dun.

Lagipula mengikut Undang-undang mana-mana negeri di seluruh Malaysia , Anggota polis beruniform tidak boleh berada didalam dewan , namun bukan Saja yg beruniform penuh , yang berpakaian preman juga memenuhi dewan untuk mengheret V Sivakumar turun dari kerusi beliau .

Keadaan diluar dewan juga tak kurang hebatnya ,ramai SB-SB yang berpakaian preman memenuhi kawasan sekitar . Unit FRU juga bersiap siaga bagai menghadapi rusuhan yang sangat mengharu biru kan keadaan Perak . Mengikut kata-kata dari anggota polis yang berhampiran , mereka pun terpaksa mengikut kehendak pihak atasan mereka , kata mereka sewaktu PR memerintah mereka lebih relaks melakukan tugas mereka seperti biasa. Bukan seperti BN memerintah , mereka terpaksa berkejar-kejar ke merata-rata demi memenuhi kehendak Lanun-lanun BN/Umno.

Dan terdapat saksi yang berada berhampiran mereka berkata , mereka diarah untuk masuk kedalam dewan oleh Dr Zambry untuk meredakan keadaan dewan yang sedang kecoh . Apakah Zambry lupa yang didalam dewan tidak boleh dimasuki oleh mana-mana anggota keselamatan beruniform ?

Adakah Zambry begitu terdesak hingga sanggup menggunakan pihak polis sebagai perisai dia untuk mengusir V Sivakumar untuk turun dari kerusi Speaker ? Lagipula SIAPA DIA DATUK S GANESAN ? DIA TU ADUN NEGERI PERAK YANG MANA ? Setahu aku dia bekas Adun Sungkai . Takda kena mengena dalam dewan .
Keadaan di dalam dewan tidak kecoh sekiranya Si celaka haram jadah 3 ekor tu mengikut arahan Speaker agar keluar dari dewan . Tapi malaun yg dilaknat rakyat tu lebih suka membuat onar , Si Cacat fizikal dan otak yit foong ( Frog ) , Si gemuk Osman Jailutong ( Frog ) dan Si Posmen Jamaludin Betina ( Frog ).
Nasib la kat malaysia ni senjata tak boleh beli ikut suka hati tidak dah lama 3 ekor malaun tu merasa peluru idup . Mereka rasa mereka dah menang , takpa PR13 menanti mereka , UMNO/BN juga bakal mendapat punishment yg paling dahsyat dalam sejarah politik mereka , Angin reformasi 98' dapat dirasakan oleh PR . Kita sangat-sangat menanti detik tumbangnya lanun-lanun BN .
Bak kata Sasterawan Negara , A.Samad Said kita harus tolak pemimpin bertelinga satu berlidah dua , GUNAKAN KUASA RAKYAT KETAHAP MAKSIMA !

Wednesday, May 6, 2009

Komen Mahfuz Omar mengenai Penangkapan Naib Presiden Pas Mohd Sabu








Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar mengutuk keras tindakan pihak polis yang menahan Naib Presiden PAS, Mohamad sabu tanpa sebarang waran dikemukakan sebentar tadi sekitar pejabat Harakah.
Sambil menganggap ianya suatu kesalahan, Ahli Parlimen Pokok sena itu tidak menafikan bahawa ianya mempunyai kaitan dengan persidangan Dun Perak yang akan diadakan esok.

"Jika ianya disebabkan oleh kebimbangan terhadap perhimpunan yang dijangka diadakan pada esok hari sempena persidangan Dewan undangan Negeri, ianya sememangnya suatu kesalahan," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.

Jelasnya, hal tersebut adalah kerana Mohamed Sabu masih belum melakukan kesalahan tersebut kerana perhimpunan tersebut masih belum diadakan.

"Pihak polis dengan ini telah bertindak sebagai komponen BN apabila menahan Mohamed Sabu tanpa sebarang sebab yang dikemukakan.

"Saya berpendapat kemungkinan sebab persidangan Dun Perak yang mungkin dibimbangi oleh Kerajaan Umno-BN atau polis tentang ura-ura perhimpunan rakyat akan diadakan di hadapan Dewan Undangan Negeri," katanya.

Mahfuz menambah, berdasarkan undang-undang seseorang tidak boleh ditahan tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Tindakan tersebut ujarnya merupakan perbuatan yang tidak demokratik serta melanggar hak asasi manusia.

Beliau tidak menafikan bahawa kesemua yang berlaku ini adalah berpunca daripada kerakusan Umno-BN merampas kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.

"Semua ini berlaku akibat tindakan BN merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat sehingga mengheret istana dan polis terlibat dalam percaturan politik ini.

"Sepatutnya mereka bekerjasama untuk mengembalikan hak rakyat bukan menafikannya," ujarnya.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis dipercayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ihsan : Harakah Daily

Mohd Sabu kena tahan lagiiii ....


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.

Ihsan : HarakahDaily ( Sila layari Harakahdaily.net untuk berita selanjutnya tQ )